Selasa, 19 Disember 2017

GOOGLE DRIVE AKAN DI TAMATKAN PADA BULAN MAC 2018



Google telah mengumumkan bahawa mereka akan menggantikan perisian Google Drive bagi PC dan Mac dengan satu perisian baru dikenali sebagai Backup & Sync.
Perkhidmatan Google Drive masih diteruskan buat sementara waktu dan kemaskini versi terkini akan tamat pada 11 Disember. Syarikat turut mengeluarkan tarikh tamat operasi perisian itu pada 12 Mac tahun hadapan.
Tindakan diambil oleh Google ini bukanlah untuk meminggirkan pengguna perisian lama itu tetapi mereka mahukan pengguna beralih kepada perisian baru yang lebih baik. Terdapat dua versi storan awan yang diperkenalkan; Backup and Sync dan satu lagi menyasarkan kepada syarikat, Drive File Stream.
Dibawah merupakan perbandingan dua versi baru yang dikeluarkan oleh Google. Jika anda pengguna biasa anda boleh gunakan servis Backup and Sync sahaja.

0 ulasan:

Catat Ulasan