WELCOME TO UNIT MEDIA SEG

THIS BLOG IS USED FOR STUDENT LEARNING PROCESS.

SELAMAT DATANG KE UNIT MEDIA BLOG SEG

BLOG INI DI GUNAKAN UNTUK PROSES PEMBELAJARAN PELAJAR.

KEINDAHAN ALAM SEMULA JADI DI SEBUAH HUTAN DI REKA KEUNIAKAN TERSENDIRI

MANFAATKAN ILMU YANG DI BERI SEMOGA KITA SENTIASA DAPAT MEMAJUKAN DIRI SEIRING DENGAN TEKNOLOGI YANG ADA.

HUTAN BELANTARA YANG SANGAT MENYERAMKAN BAGI KITA

DI DALAM SESUATU SUDUT PANDANGAN DI DALAM DIRI KITA MUNGKIN KITA TIDAK DAPAT MEMBAYANGKAN APA YANG KITA MAMPU LAKUKAN TERHADAP DIRI SENDIRI UNTUK MEMANFAATKAN KEPADA ORANG LAIN.....

KEHIJAUAN PAGI YANG MEMPERSONAKAN PANDANGAN KITA

PANDANGAN MANUSIA ITU SERING TERARAH KEPADA KEMODENAN DAN KEMAJUAN SEKELILING DIMANA KITA HARUSLAH MENETAPKAN HALA TUJU KITA KEMANA SELEPAS INI.....

Isnin, 13 Ogos 2018

Touch ‘n Go Menghentikan Jualan SmartTAG

Touch ‘n Go Menghentikan Jualan SmartTAG – Sebagai Langkah Peralihan Ke RFID

Touch ‘n Go hari ini telah memulakan pendaftaran minat untuk mencuba perkhidmatan pembayaran melalui RFID. Selari dengannya juga, kini Touch ‘n Go mengumumkan yang mana mereka telah mula menghentikan jualan SmartTAG.
Penghentian jualan SmartTAG ini dikatakan efektif bermula sekarang, dan tiada lagi SmartTAG akan dijual selepas ini. Walaubagaimanapun, pengguna SmartTAG sedia ada masih boleh kekal menggunakannya seperti biasa buat masa ini.
SmartTAG Lama
Langkah penghentian jualan ini adalah dalam usaha mengalakkan pengguna bersedia untuk menggunakan sistem RFID yang baru. Melalui penggunaan sistem RFID, ia akan menggunakan sebuah stiker yang dilengkapi cip RFID yang ditampal pada kenderaan. Pengguna seterusnya boleh menguruskan tambah-nilai dan sebagainya melalui aplikasi digital Touch ‘n Go.
Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar minat untuk mencuba RFID ini melalui laman rasmi Touch ‘n Go hari ini.

Mengapa Touch ‘n Go menghentikan jualan SmartTAG?
Touch ‘n Go dan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya utama dalam peringkat persediaan untuk memperkenalkan teknologi RFID kepada pengguna lebuh raya.
RFID adalah teknologi yang digunakan dalam sistem pembayaran tol elektronik dan ianya telah diguna pakai di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Argentina dan Taiwan. Sistem RFID menggunakan cip frekuensi radio yang terkandung di dalam satu pelekat yang kemudiannya ditampal pada sesebuah kenderaan.
Pelekat RFID, di mana ianya unik bagi setiap kenderaan dan tidak boleh dipindah milik akan dihubungkan dengan aplikasi mudah-alih, Touch ‘n Go eWallet. Aplikasi ini membolehkan pengguna memantau baki akaun dengan mudah dan dapat melakukan tambah nilai secara atas talian melalui pilihan-pilihan yang disediakan seperti perbankan atas talian, kad debit/kredit dan melalui penggunaan nombor pin (soft pin).
Pelekat RFID ini akan menggantikan peranti SmartTAG yang sedia ada.
Bilakah tarikh akhir jualan SmartTAG?
Penamatan jualan SmartTAG berkuatkuasa serta merta.
Apa yang akan berlaku kepada SmartTAG saya?
Penamatan jualan SmartTAG tidak memberi kesan kepada penggunaan peranti SmartTAG. Anda masih boleh menggunakan SmartTAG yang sedia ada seperti biasa di lorong SmartTAG di semua lebuh raya.